Muat turun untuk Android  Muat turun untuk iOS

Cara mudah untuk menguji kemahiran anda 

Sertai berjuta-juta orang di seluruh dunia dan ambil ujian EnglishScore untuk menyemak keupayaan bahasa Inggeris anda dan meningkatkan skor anda, dalam masa 40 minit sahaja. Anda boleh menyemak tahap anda, berkongsi keputusan anda dengan rakan atau membeli sijil.

Mengapa ambil EnglishScore?

EnglishScore ialah ujian pantas dan tepat bagi tahap Bahasa Inggeris anda. Ujian ini menilai kecekapan anda dalam tatabahasa, perbendaharaan kata, membaca dan mendengar dan boleh digunakan untuk peningkatan diri, untuk membuktikan tahap anda kepada majikan atau untuk membuat persediaan untuk ujian seperti IELTS.

CARA ENGLISHSCORE BERFUNGSI

  • Muat turun aplikasi - anda memerlukan telefon Android dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi.
  • Ambil ujian percuma dalam masa kurang daripada 40 minit.
  • Dapatkan markah anda dengan segera.

PERIHAL UJIAN ENGLISHSCORE

Ujian ini menyediakan peratusan markah untuk setiap empat kemahiran. Ia menilai tahap anda antara A2 (Rendah) dan C1 (Lanjutan) pada CEFR (Common European Framework of Reference for Languages).

SELEPAS ANDA MENYELESAIKAN UJIAN, ANDA BOLEH:

  • mengakses keputusan anda dalam peneroka interaktif
  • membeli sijil untuk berkongsi pencapaian anda
  • memuat naik sijil anda ke LinkedIn atau berkongsi salinan dengan majikan anda
  • menyemak kemajuan anda semasa anda membuat persediaan untuk peperiksaan
  • meneroka kursus lanjut menggunakan cadangan pembelajaran yang diperibadikan.

MENDAPATKAN NILAI DARIPADA UJIAN ANDA

Anda akan berpeluang membeli sijil untuk membuktikan tahap anda kepada majikan.

Berdasarkan keputusan anda, ujian EnglishScore juga akan mengesyorkan kursus British Council, supaya anda boleh mengembangkan lagi kemahiran bahasa Inggeris anda.

Kongsi maklumat ini