myclass new

Percepatkan kerjaya anda, bersedia untuk belajar, membuat persediaan untuk peperiksaan atau tingkatkan kemahiran perbualan anda. Dengan guru yang pakar untuk membimbing anda sepanjang pembelajaran anda, kami akan membawa anda dalam perjalanan pembelajaran yang bermanfaat untuk anda sampai ke tahap yang anda mahukan.  

Mari luangkan masa untuk masa depan anda 

Apa juga cita-cita anda, kami bersedia untuk membantu menjadikannya kenyataan dengan pelbagai pilihan pelajaran yang boleh anda pelajari dalam apa jua susunan, pada masa yang sesuai dengan anda.  

Dalam setiap pelajaran, guru kami akan membantu anda menguasai situasi kehidupan sebenar dalam Bahasa Inggeris. Anda boleh memilih topik yang berkenaan dengan anda daripada dua laluan pembelajaran – Bahasa Inggeris Tempat Kerja dan Bahasa Inggeris Sosial – dan membina keyakinan dengan setiap kelas. 

Pengajaran yang memberikan anda keyakinan 

Guru MyClass tahu bagaimana untuk mendapatkan yang terbaik daripada setiap pelajar. Menggunakan metodologi komunikatif, guru kami akan memberi petunjuk kepada anda melalui pelajaran 90 minit yang meliputi kemahiran bertutur, menulis, membaca dan mendengar. 

Anda juga akan belajar perbendaharaan kata baharu, berlatih sebutan dan tatabahasa serta meningkatkan ketepatan anda dalam suasana yang mesra dan ramah. 

Untuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan, anda akan belajar dengan pelajar yang sama tahap dengan anda. Pelajaran Bahasa Inggeris kami dijajarkan dengan Kerangka Rujukan Eropah Umum untuk Bahasa (CFER). 

Pra‑Pertengahan (A2)

Contoh topik termasuk:  

  • membangunkan kemahiran kerjaya dan kerja yang penting
  • penyertaan dalam mesyuarat
  • merancang dan berbincangkan idea dalam pasukan
  • menyediakan dan memberikan pembentangan 

Pertengahan (B1)

Contoh topik termasuk:  

  • meninggalkan tanggapan baik di tempat kerja
  • menjalin dan membina hubungan di tempat kerja
  • membuat pembentangan dengan jelas dan yakin
  • memahami kewangan, prestasi dan rahsia kejayaan di tempat kerja 

Pertengahan-Tinggi (B2)

Contoh topik termasuk: 

  • menyertai dengan lebih berkesan dalam mesyuarat
  • menerangkan kekuatan/kelemahan profesional dan kesesuaian perkerjaan
  • meningkatkan komunikasi di tempat kerja dalam konteks perniagaan yang berbeza
  • membina kemahiran pembentangan anda
  • teknik komunikasi dan perundingan yang tegas 

Lanjutan (C1)

Contoh topik termasuk: 

  • berkomunikasi dalam situasi perniagaan global
  • mengendalikan perkara etika dan keputusan kewangan
  • meneroka teknologi, dunia digital dan masa hadapan
  • kerjasama berkesan
  • perniagaan, persekitaran, dan tanggungjawab sosial dalam abad ke-21 
Kongsi maklumat ini