Pendekatan kami ke arah kesamaan, kepelbagaian dan rangkuman

Di British Council, kami berhasrat untuk menyingkirkan halangan di seluruh organisasi kami dan membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang merangkum dan mewakili. Kami berhasrat untuk menerima kepelbagaian, mencabar rasisme dan semua bentuk diskriminasi dan meletakkan kesamaan sebagai perkara yang terpenting organisasi.

Kami menggalakkan budaya organisasi yang merangkum dan kami ingin memberi rakan sekerja, pelajar kami serta semua orang yang terlibat dengan kami peluang untuk mencapai potensi mereka – tidak mengira umur, ketidakupayaan, jantina, agama, kepercayaan, kaum, keetnikan, budaya dan orientasi seksual mereka.

Kepelbagaian pasukan pengajar kami

Semua pusat mengajar British Council di seluruh dunia komited untuk mempunyai pasukan pengajar yang pelbagai. Guru kami mempunyai pelbagai latar belakang, identiti, kewarganegaraan, keetnikan dan agama. Guru British Council mempunyai tahap terbaik Bahasa Inggeris dan mereka semua berkongsi matlamat yang sama untuk membawa standard tertinggi Bahasa Inggeris dan pengajaran Bahasa Inggeris kepada pelajar kami.

Kepelbagaian, rangkuman dan peluang saksama untuk pelajar kami

Pelajar kami mempunyai berbagai-bagai keperluan yang berbeza. Bekerja secara berkesan dengan kepelbagaian adalah bahagian penting dalam kerja British Council dan ini bermakna memberikan respons secara positif kepada pelbagai keperluan semua pelajar kami. Kami yakin bahawa semua pelajar kami berhak mendapat pengalaman pembelajaran bahasa Inggeris yang berkualiti tinggi yang memaksimumkan pencapaian individu.

Komitmen kami terhadap kesaksamaan, kepelbagaian dan rangkuman

Sebagai organisasi kebudayaan global, kami berada di kedudukan yang unik untuk mengumpulkan orang ramai, membentuk satu hubungan dan pertukaran antarabangsa serta berkongsi idea di dalam persekitaran pembelajaran yang selamat, dipercayai dan sangat diingini. Kerja kami berdasarkan membina hubungan yang bermakna, berpanjangan dan hormat menghormati merentas berbagai-bagai budaya. Kami berdiri teguh bersama menghadapi sebarang diskriminasi dan rasisme terhadap semua orang yang bekerja dengan kami, termasuk rakan sekerja dan pelajar kami.

Kami amat komited terhadap kesaksamaan, kepelbagaian dan rangkuman. Kami bertindak menentang diskriminasi dan fokus pada layanan yang adil untuk semua.

Kongsi maklumat ini